Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun

Iklan
Perhimpunan Agung UMNO 2023 akan diadakan dari 7 hingga 10 Jun depan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun depan, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perhimpunan agung itu diadakan lebih awal berbanding kebiasaan, sebelum jentera parti turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.

Iklan
Iklan

"Pada 14 Mei ini pula di Pusat Dagangan Dunia (WTC) kita akan akan adakan konvensyen parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dan kita juga akan sama-sama dengan parti lain bergerak bukan sahaja untuk PRN di enam negeri, tetapi juga sebagai pasukan untuk pemantapan kerajaan.

Jika kita satukan saf kepimpinan kerajaan ini akan kekal sehingga sekurang-kurangnya hingga Pilihan Raya Umum ke-16," katanya pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di WTC Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) amat menghargai kerjasama rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan akan terus mendukung aspirasi kerajaan.

Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO serta tiga Naib Presiden iaitu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Iklan

Ahmad Zahid sebelum itu mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato Onn di sini. - Bernama