PEMAIN tengah, Queens Park Rangers (QPR), Ilias Chair gembira apabila kelab Liga Kejuaraan itu meneruskan tradisi komuniti dengan penganjuran Iftar Terbuka di Stadium Loftus Road.
Malah pemain dari Maghribi berusia 25 tahun itu mengakui menjadi satu kewajipan kepadanya melaksanakan Rukun Islam ketiga tersebut.saya amat berbangga dapat menghadiri acara seperti ini dan berterima kasih kepada kelab QPR kerana menganjurkannya.
"Ramai orang bertanya kepada saya sama ada ia sukar.... setiap orang berbeza namun bagi saya ia tidak sukar.
"Malah saya amat berbangga dapat menghadiri acara seperti ini dan berterima kasih kepada kelab QPR kerana menganjurkannya.
"QPR melakukan tugas yang besar dalam kalangan anggota komuniti dan merupakan kelab yang menghormati setiap orang dan setiap agama.
"Sejujurnya pendekatan kelab mewujudkan keharmonian dalam kalangan komuniti dan saya bangga mewakili diri, Islam dan QPR,” katanya.saya amat berbangga dapat menghadiri acara seperti ini dan berterima kasih kepada kelab QPR kerana menganjurkannya.
Terdahulu Ilias menyertai pemain skuad Bawah 18 tahun Rayan Kolli, Ramy Bouhiaoui dan Youssef Yahyaoui; ketua perubatan kelab Dr Imtiaz Ahmad dan Iqra Ismail dari QPR Trust memeriahkan sambutan berbuka puasa di Stadium Loftus Road.
Sebagai rekod, program mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat, latar belakang dan kepercayaan.