Town Hall Rakyat diteruskan lagi

Iklan
Town Hall kali ketiga bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. (Gambar kecil: Zamri)

SHAH ALAM - Town Hall Rakyat Sinar Harian berupaya menjadi pentas kepada pemimpin dan barisan menteri membentangkan kad laporan prestasi masing-masing.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, selain memahami peranan dan tanggungjawab kementerian dan agensi terlibat, pentas itu juga mampu menjadi platform interaktif kepada rakyat untuk bertanya soalan secara terus kepada pemimpin selain membangkitkan isu berkaitan.

Iklan
Iklan

"Untuk Town Hall bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, edisi kali ini akan turut digegarkan dengan pameran bersama agensi-agensi di bawah KDN (Kementerian Dalam Negeri).

"Antara yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan (Rela) dan banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan
Town Hall Rakyat Sinar Harian edisi pertama dan kedua yang diadakan sebelum ini.

Menurutnya, Town Hall kali ketiga ini merupakan kesinambungan kejayaan dan sambutan luar biasa yang diterima pada edisi bersama Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital) dan Anthony Loke (Menteri Pengangkutan).

"Orang ramai dijemput hadir kerana selepas tamat program ini, mereka berpeluang untuk berbuka bersama dalam program Iftar ala Madinah di Dataran Karangkraf.

Iklan

"Mereka yang berminat untuk menyertai program ini digalakkan mendaftar untuk program iftar bagi memudahkan sekretariat menyediakan juadah berbuka,” jelas beliau.

Town Hall Rakyat edisi ketiga dijadualkan berlangsung pada 10 April ini bertempat di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam pada jam 5 petang.

Menariknya, Town Hall Rakyat Sinar Harian akan dihoskan oleh pelakon popular yang bakatnya dicungkil menerusi program Kumpulan Karangkraf iaitu Azhar Sulaiman.