Misi lunas dendam Bunga Raya 7s

Iklan
Ahmad Fadzlee bersama pemain Bunga Raya 7s yang menggalas cabaran di Kejuaraan SEA 7s. - Foto Facebook KRM

SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) negara menempah slot perlawanan akhir Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) selepas menewaskan tuan rumah Singapura pada Jumaat.

Dalam perlawanan berintensiti tinggi di Stadium Jurong tersebut, skuad Bunga Raya 7s kendalian Ahmad Fadzlee Ahmad Idris menewaskan jiran tetangga itu 12-7 pada saingan separuh akhir.

Iklan
Iklan

Kemenangan ke atas Singapura itu membolehkan Bunga Raya 7s berdepan sekali lagi Taiwan dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional yang diibaratkan misi balas dendam.

Terdahulu Bunga Raya 7s membuka kempen langkah kanan apabila mengatasi jagoan Asia Tenggara, Filipina 38-0.

Iklan

Bagaimanapun rentak kemenangan itu gagal diteruskan dalam perlawanan kedua apabila tewas 7-19 kepada Taiwan.

Sebagai rekod, SEA 7s merupakan antara kejuaraan pemanas badan anak buah Ahmad Fadzlee sebelum menyingkap cabaran di Sukan Asia Hangzhou, China tahun ini.

Iklan

Sementara itu, Ahmad Fadzlee mengakui masih terdapat banyak lagi elemen yang perlu ditambah baik skuad Bunga Raya 7s.

"Prestasi memang perlu dibaiki sebab kombinasi pengalaman dan fitness masih belum serasi apabila gugup dalam membuat keputusan di padang.

"Insya-ALLAH, Bunga Raya 7s akan lebih baik lagi dengan game high level bagi mengadaptasi keserasian dalam permainan.

"Persediaan berdepan Taiwan lebih kepada tugas individu yang perlu disatukan bersama dengan team mates lain kerana Taiwan akan bermain tight contact game.

"Jadi kita akan cuba main wide untuk pastikan pemain buka ruang menyerang," katanya kepada Sukan Sinar.