Majlis iftar di dewan ikonik Royal Albert Hall di London

Iklan
Sekitar 450 orang berkumpul di Royal Albert Hall, London pada Jumaat sempena majlis berbuka puasa terbuka - Foto kredit Anadolu Agensi

LONDON - Sekitar 450 orang berkumpul di Royal Albert Hall, London pada Jumaat sempena majlis berbuka puasa terbuka -- acara kemasyarakatan semasa bulan Ramadan.

Majlis berbuka puasa itu dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadan, sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Bercakap sebelum jamuan iftar, Duta Turkiye ke United Kingdom Osman Koray Ertas, menyentuh mengenai kepentingan Ramadan dalam mengeratkan hubungan sesama manusia.

Jonathan Wilson, seorang profesor di Regent's University London, memuji majlis buka puasa terbuka itu sambil berkata, perhimpunan itu adalah peluang yang sangat baik untuk bertemu orang ramai dan berkongsi pengalaman.

Iklan

Sementara itu, Dowshan Humzah, Ahli Lembaga Penasihat Projek Khemah Ramadan berkata, projek itu dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. - Bernama/Anadolu

Iklan