600 peserta dijangka sertai World #QuranHour di Pahang

Iklan
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 menjadi lokasi utama World#QuranHour peringkat negeri Pahang.

KUANTAN - Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini dipilih sebagai lokasi utama penganjuran World #QuranHour peringkat negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung 13 April ini.

Setiausaha Sekretariat Rumah Ngaji Pahang, Mohd Rozamli Mohd Rozak berkata, program itu turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada program kali ini, dianggarkan 500 hingga 600 peserta akan mengambil bahagian terdiri daripada orang ramai, jemaah masjid, pelajar dan jemputan.

"Allahamdulillah, kali ini kita dapat bersama menyemarakkan World #QuranHour yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia secara berpusat di masjid ini dalam majlis dengan skala lebih besar.

Iklan

"Program dijadual akan dirasmikan Pengarah JAIP, Datuk Dr Zulkifle Ali manakala pentaddabur, Iman Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mohd Rozamli berkata, seperti yang ditetapkan, kali ini surah al-Insan menjadi surah pilihan untuk World#QuranHour dan ia bertepatan tema 'Memanusiakan Ummah' dalam usaha menerap penghayatan hidup dengan nilai-nilai kemanusiaan dalam kalangan umat Islam.

Iklan

"Kemuncaknya bermula jam 12 tengah hari dengan bacaan surah al-Insan ayat 1-31 dipimpin Ustaz Saifuddin Ngah dan Ustaz Muhammad Izzan Idris diikuti dengan tadabbur surah berkenaan," jelasnya.

Pegawai Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang antara yang memberi sokongan kepada World#QuranHour yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia termasuk di Pahang pada 13 April ini.

Beliau berkata, selain di lokasi utama, program sama turut berlangsung di beberapa lokasi lain.

"Difahamkan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Universiti Islam Pahang Sultan n Ahmad Shah (Unipsas) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) juga akan bersama menyemarakkan program ini di tempat masing-masing.

"Pihak JAIP turut mengarahkan masjid dan surau untuk turut bersama dalam kempen ini.

"Beberapa buah sekolah juga akan mengambil bahagian untuk bersama-sama membaca dan memahami inti pati surah al-Insan secara serenak dengan umat Islam seluruh dunia," ujarnya.