SANDAKAN - Sokongan rakyat di Sabah terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) penting agar status asal Sabah sebagai salah satu daripada tiga entiti (bersama Sarawak dan Semenanjung) dalam penubuhan Malaysia dikembalikan mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Katanya kerajaan telah membuktikan kesungguhan untuk menunaikan janji kepada rakyat iaitu membentangkan usul meminda Artikel 1 (2) Perlembagaan Persekutuan pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, namun digagalkan oleh pembangkang, khususnya dari Sabah dan Sarawak.