PETALING JAYA - Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera bayi lelakinya berusia 10 bulan hingga menyebabkan lebam pada beberapa bahagian badan dalam kejadian di Petaling Utama di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berumur 26 tahun yang tidak bekerja itu ditahan selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 12.28 tengah malam.