Skuad ragbi negara naib juara SEA 7s

Iklan
Skuad ragbi Bunga Raya 7s negara naib juara Kejuaraan SEA 7s di Singapura. - FOTO: KESATUAN RAGBI MALAYSIA (KRM)

SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) negara mengakhiri cabaran Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) dengan status naib juara pada Sabtu.

Dalam perlawanan akhir, skuad Bunga Raya 7s negara sekali lagi terpaksa akur kehebatan Taiwan apabila tewas 14-17 di Stadium Nasional, Singapura.

Iklan
Iklan

Biarpun begitu dalam aksi ulangan itu, skuad Bunga Raya 7s kendalian Ahmad Fadzlee Ahmad Idris berjaya memberikan saingan sengit kepada jagoan Asia berkenaan berbanding ketika tewas pada pasukan sama sebelum ini.

"Alhamdulillah kita berjaya perbaiki prestasi permainan dengan kombinasi serta pemahaman dalam kalangan pemain semakin baik.

Iklan

"Biarpun begitu banyak lagi elemen penambahbaikan yang perlu kita tingkatkan terutama skill individu serta daya tahan kardiovaskular mengikut masa permainan.

"Insya-ALLAH, pemain sekarang lebih fokus dan bersemangat untuk majukan diri dan pasukan selepas ini,” kata Ahmad Fadzlee ketika mengulas prestasi keseluruhan anak buahnya pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu Bunga Raya 7s membuka kempen langkah kanan apabila mengatasi Filipina 38-0 sebelum tewas 7-19 kepada Taiwan.

Bagaimanapun skuad Bunga Raya 7s kembali bangkit apabila menewaskan Singapura 12-7 pada saingan separuh akhir.

SEA 7s merupakan antara kejuaraan pemanas badan skuad Bunga Raya 7s sebelum menyingkap cabaran di Sukan Asia Hangzhou, China tahun ini.