PRU Thailand: Lebih 4,700 calon bakal bersaing rebut 400 kerusi

Iklan
Penyokong menghadiri perhimpunan pilihan raya untuk parti pembangkang utama Thailand Pheu Thai di Stadium Thunder Dome di Nonthaburi. - Foto AFP

BANGKOK - Seramai 4,781 calon daripada 70 parti politik telah mendaftar untuk bertanding bagi merebut 400 kerusi dalam Pilihan Raya Umum 14 Mei akan datang.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand Sawang Boonmee berkata sebanyak 67 parti mengemukakan 1,898 nama untuk 100 calon ‘party-list’ yang akan diputuskan melalui perwakilan berkadar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata Bangkok mempunyai jumlah calon tertinggi iaitu sebanyak 498 calon yang akan bertanding di 33 kawasan.

Pendaftaran untuk semua kawasan dan calon berakhir pada Jumaat.

Iklan

SPR menetapkan 14 Mei sebagai tarikh pengundian manakala undi awal pada 7 Mei. - Bernama

Iklan