PAPAR - Keserasian antara Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan timbalannya, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan perlu diwujudkan bagi mengimbangi kepimpinan baharu UMNO Sabah.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat bahawa kedua-dua pemimpin UMNO Sabah itu telah memperlihatkan prestasi yang baik di peringkat Pusat.
Iklan
Iklan
"Saya harap kedua-duanya dapat berkomunikasi untuk memajukan Sabah serta mewujudkan situasi politik yang stabil di negeri ini," katanya ketika menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Sabah di Masjid Kampung Benoni, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai adakah wujudnya keserasian antara dua pemimpin bagi menerajui UMNO Sabah dalam kepimpinan baharu parti itu selepas pemilihan dilakukan baru-baru ini.
Sementara itu, ditanya mengenai penubuhan Sekretariat Kerajaan Perpaduan di peringkat Sabah, Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan bahawa ia diketuai oleh Datuk Yakub Khan.
"Kita melakukan beberapa kordinasi dari segi untuk menstabilkan kerajaan dan juga mempertahankan kedudukan yang ada di Sabah," katanya.
Artikel Berkaitan