Tidak perlu buka ruang rundingan

Iklan
Laporan keratan kenyataan balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap isu Laut China Selatan. Gambar kecil: Mazlan

SHAH ALAM - Sebarang bentuk perundingan bagi menuntut perairan wilayah yang sah menjadi hak Malaysia tidak seharusnya dilakukan kerana ia akan menjejaskan kedaulatan negara.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, berbanding kawasan yang masih dalam pertikaian, sebarang rundingan masih terbuka untuk mana-mana negara menuntut hak masing-masing.

Iklan
Iklan

"Adakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah kawasan pertikaian seperti di Kepulauan Spratly yang masih belum milik sesiapa (mana-mana negara).

"Kalau Anwar kata berunding di kawasan pertikaian, itu tiada masalah tetapi kalau (rundingan) di kawasan wilayah yang sah hak Malaysia, tiada istilah berunding kerana ia soal kedaulatan negara.

Iklan

"Perdana Menteri perlu jelaskan kenyataan yang dibuat itu merujuk kepada kawasan yang mana. Sekiranya (yang dimaksudkan) kawasan pertikaian maka kenyataan itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana masih boleh berunding,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Ahad melaporkan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Tambun berhubung keterbukaan Malaysia untuk berunding dengan China mengenai wilayah di Laut China Selatan sebagai tidak bertanggungjawab selain menggadai maruah serta kedaulatan negara.

Iklan

Terdahulu Anwar ketika sidang Dewan Rakyat Selasa lalu memaklumkan, Petronas akan terus melaksanakan kerja-kerja cari gali minyak di kawasan sedia ada di Laut China Selatan, namun terbuka untuk rundingan sekiranya China merasakan kawasan terlibat adalah wilayah negara berkenaan.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, tuntutan China mengenai pengiktirafan 9 Dash Line untuk menjalankan kegiatan menceroboh ke perairan zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut China Selatan sebagai tidak masuk akal dan kerajaan perlu bertegas mengenai perkara itu.

"Berbanding di kawasan petikaian, mana-mana negara boleh lakukan aktiviti seperti yang berlaku di Kepulauan Spratly, ada (negara) yang buat pengkalan, cari gali minyak, maka tiada masalah.

"Namun tidak di kawasan yang telah sah menjadi milik sesuatu negara, tidak boleh dipertikaian lagi kerana melibatkan hak dan kedaulatan negara,” ujarnya.