Isteri maut ditikam suami akibat cemburu

Iklan
Lokasi kejadian wanita dibunuh oleh suaminya di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan Kapayan, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut ditikam suaminya dipercayai akibat cemburu dalam kejadian di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan, Kepayan di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa warga Indonesia berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) sebelum disahkan meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dikatakan membantu kakaknya berniaga sayur di kawasan berkenaan sebelum didatangi suspek.

Katanya, suspek yang juga warga Indonesia berusia 42 tahun itu kemudian bertindak menikam mangsa beberapa kali di bahagian belakang mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

Iklan

"Mangsa yang parah kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk tindakan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.21 petang," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya memberkas suspek di Jalan Kepayan pada jam 8.30 malam hari yang sama.

Iklan

"Polis berjaya menyelesaikan kes ini tidak sampai 24 jam dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.

Tambah Kalsom lagi, suspek yang juga warga asing direman untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan kerana membunuh," katanya.