Polis cari individu main mercun sebabkan dua mangsa cedera

Iklan
Gambar hiasan. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian di Kampung Changkat, Gombak, di sini pada 31 Mac lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad berkata, pihaknya mengesan rakaman video kejadian berkenaan yang tular sejak semalam memaparkan sekumpulan individu bermain mercun dengan menghalakan ke sebuah rumah.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 12.05 tengah malam pada 31 Mac lepas menyebabkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha dan telinga,” katanya dalam kenyataan malam Sabtu.

Katanya, usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435/324 Kanun Keseksaan.

Iklan

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nur Atikah Adnan di talian 018-3648044 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. - Bernama

Iklan