Lebih mudah keluarkan KWSP secara terus - Johari

Iklan
Johari

SHAH ALAM - Lebih mudah jika orang ramai dibenarkan mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara terus daripada menggunakannya sebagai fasiliti sokongan untuk memohon pinjaman bank.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Bekas Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia berikutan peminjam akan dibebani dengan bayaran faedah yang dikenakan ke atas pinjaman itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, skim itu juga mengambil masa untuk diproses oleh bank dari segi semakan kredit dan penyediaan perjanjian undang-undang.

"Kalau awak pinjam RM70,000, bayar faedah katakanlah lima peratus setahun iaitu RM3,500. Untuk 10 tahun, faedah sahaja RM35,000.

Iklan

"Maknanya, awak ambil pinjaman RM70,000 dan faedah selama 10 tahun sebanyak RM35,000. Jumlah bersih yang awak terima daripada pinjaman RM35,000.

"Kalau itu saja jumlahnya, adalah lebih baik gunakan saja duit KWSP secara terus RM35,000. Tak payah nak bayar faedah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pada 9 Mac lalu, kerajaan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi tersebut sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Pada Isnin lalu, KWSP mengumumkan pencarum berusia 40 hingga 54 tahun boleh memohon pinjaman bank menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bermula 7 April tahun ini.