Pemisah serang pos pemeriksaan di Yala

Iklan
Penyerang tertinggal senjata api automatik ketika berundur selepas menyerang pos kawalan keselamatan di Ban Nibong. - Agensi

YALA - Kira-kira 20 penyerang dipercayai anggota kumpulan pemisah melancarkan serangan di pos kawalan keselamatan di wilayah bergolak Yala di selatan Thailand.

Insiden berbalas tembakan pada awal pagi Ahad itu berlaku di perkampungan Ban Nibong.

Iklan
Iklan

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun unit pemusnah bom dikerah ke lokasi kejadian bagi mengesan sebarang peranti yang mungkin ditanam penyerang sebelum mereka berundur," kata seorang anggota keselamatan.

Tiada kumpul tampil mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut. - Agensi

Iklan
Iklan