Warga emas hilang masih belum ditemui

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 2 April 2023.

KUALA LUMPUR - Warga emas, Ali Mohd Nor, 84, yang dilaporkan hilang sejak 21 Mac lalu masih gagal ditemui sehingga kini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjejaki bapa kepada empat anak itu.

Anaknya, Abdul Raoof Ali, 56, berkata, pihak polis telah memintanya menjalani ujian DNA susulan penemuan mayat reput di laut daerah Alor Gajah, Melaka.

Iklan
Iklan

"Pencarian masih diteruskan kerana ada maklumat yang mengatakan nampak kelibat ayah di kawasan tersebut jadi kami gerakkan usaha pencarian di sana," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sinar Harian pada 2 April lalu melaporkan, Ali yang tinggal bersama salah seorang anaknya keluar dari rumah di Cheras ketika anaknya keluar bekerja.

Iklan

Kehilangan Ali ditularkan Abdul Raoof di laman sosial selepas usaha menjejaki warga emas tersebut gagal.

Abdul Raoof menerima maklumat bapanya ke rumah kenalan di Bidor yang kemudian dibantu menaiki bas untuk ke Johor Bahru.

Iklan

Bagaimanapun, selepas berita itu ditularkan, terdapat pihak memaklumkan bapanya berada di jeti mahu ke Pulau Besar, Melaka.

Laporan polis telah dibuat susulan risau akan keselamatan bapanya yang meninggalkan barangan termasuk selipar dan dompet di jeti berkenaan.

Abdul Raoof memaklumkan, keputusan ujian DNA dijangka diperoleh dalam tempoh dua ke bulan akan datang.

"Mengikut keterangan doktor, semua ciri pada mayat yang ditemui itu ada pada ayah termasuk ketinggian dan anggaran umur selain tidak ada sebarang penyakit dalaman.

"Cuma dalam poket si mati ada nombor kelasi. Itu sahaja yang menjadi kemusykilan," katanya.

Ujarnya, kehilangan bapanya tidak berunsur jenayah memandangkan tiada kehilangan pada barang yang ditinggalkan di jeti lokasi terakhir warga emas itu ditemui.