'Jangan main mercun dekat kawasan hospital'

Iklan
Tangkap layar hantaran Hikari Xoul di laman Facebook pada Sabtu yang meminta supaya golongan masyarakat peka terhadap situasi pesakit di HSNZ.

KUALA TERENGGANU - Dalam kemeriahan menyambut perayaan Aidilfitri tanpa kita sedari bunyi mercun yang kuat kedengaran di sana sini terutama pada sebelah malam boleh mengganggu orang lain khususnya mereka yang sedang dirawat di hospital.

Situasi itu dikongsikan menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang individu yang menggunakan nama pena Hikari Xoul di laman sosial Facebook pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Individu tersebut meminta orang ramai tidak bermain mercun di kawasan Pantai Batu Buruk terutama berdekatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengganggu pesakit yang sedang dirawat.

Ujarnya, setiap masyarakat perlu peka terhadap situasi dialami pesakit yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

Iklan

"Please have some common sense (tolong gunakan akal). Tolong jangan bermain mercun di kawasan berdekatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) terutamanya di Pantai Batu Buruk, belakang HSNZ.

"Sebelah tu ade bangunan ibu dan anak, keduanya memerlukan rehat yang cukup. Ade pesakit yang nazak, pesakit jantung, pesakit ICU dan macam-macam lagi in the main building (dalam bangunan utama). While they are fighting for their life (semasa mereka bertarung nyawa), firecrackers is heard all over the place (bunyi mercun kedengaran di merata tempat)," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Iklan

Individu berkenaan turut memuat naik video memaparkan bunyi mercun dan bunga api yang kuat jelas kedengaran dari bangunan hospital berkenaan.

Katanya, masyarakat diminta lebih peka terhadap situasi mereka yang sedang berdepan situasi sukar dan ditimpa sakit.

"If you are not in their place in the hospital, the least that you can do is be kind and thoughtful (jika anda tidak berada di tempat mereka di hospital, sekurang-kurangnya jadilah baik dan bertimbang rasa)," tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai komen antaranya meminta supaya masyarakat peka terhadap keadaan sekeliling.

Nor Hayati berkata, dia bersetuju dan meminta supaya masyarakat lebih peka terhadap keadaan sekeliling sebelum bermain mercun di tempat yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Setuju. Kena prihatin keadaan sekeliling. Kawasan perumahan pun kena ambil iktibar.

"Janganlah main mercun pukul 1, 2 pagi. Kasihan orang nak tidur esok nak kerja," tulisnya.

Shobry Abdullah pula berkata, dia pernah berpengalaman mendengar bunyi bising dari jalan raya ketika menjaga pesakit di hospital.

"Dulu kalau tak silap depan hospital ada signboard tulis jangan bunyikan hon bila lalu di jalan besar depan hospital.

"Ambe (saya) pernah terfikir apa kaitan hon dengan hospital. Bila jaga orang sakit di hospital baru tau memang jelas dengar bunyi kereta ekzos kuat kalau kita duduk dalam wad. Kalau bunyi mercun apatah lagi," tulisnya.