ISTANBUL - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sabtu memberi amaran tentang"konfrontasi agama" berikutan serbuan Israel ke atas kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Keganasan semakin memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa dan memaksa jemaah keluar selama dua malam berturut-turut pada Selasa dan Rabu.