Kes rogol remaja: Polis tahan bapa tiri, ibu kandung

Iklan
Polis menahan sepasang suami isteri selepas dipercayai terlibat dalam kejadian rogol membabitkan anak perempuan mereka yang berusia 16 tahun sejak tiga tahun lalu.

JASIN - [DIKEMAS KINI] Polis menahan sepasang suami isteri pada Sabtu selepas disyaki terlibat dalam kejadian rogol melibatkan anak perempuan mereka berusia 16 tahun sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, sebelum itu pihaknya menerima satu laporan mengenai kejadian rogol ke atas seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di daerah ini.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas maklumat, tangkapan telah dilakukan ke atas bapa tiri dan ibu kandung mangsa yang berusia 36 dan 40 tahun.

"Suspek ditahan sekitar jam 9.30 malam tadi sebaik mereka tiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2), Sepang, Selangor," katanya pada Ahad.

Iklan

Katanya, Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Ahad telah membenarkan permohonan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Sabtu depan terhadap suspek bagi membantu siasatan kes.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, perbuatan bapa tiri mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu turut diketahui isterinya.

Iklan

"Remaja perempuan yang masih bersekolah itu dipercayai menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak tahun 2020 yang lalu.

"Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang sebelum ini melarikan diri selama 18 hari memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak polis," katanya.