Dua beranak ditahan bantu siasatan kes tipu kutip derma

Iklan
Hussein Omar Khan

SHAH ALAM - Polis menahan dua beranak bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan kutipan derma di Sentul, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Wanita berusia 60 tahun dan anak lelakinya berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, susulan tujuh laporan polis dibuat terhadap suspek sejak 21 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Ketika penahanan dilakukan, polis menemui wang tunai berjumlah RM110,011 manakala RM268,000 lagi dalam akaun bank wanita terbabit dipercayai daripada sumbangan orang ramai.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi pada Ahad mengesahkan penahanan terbabit.

Iklan
Iklan

"Suspek wanita akan didakwa di Mahkamah Shah Alam esok (Isnin) manakala anak lelakinya ditahan untuk membantu siasatan," katanya.