Dua rakan maut, kereta bertembung van

Iklan
Dua rakan maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu pada Ahad.

PASIR PUTEH - Dua rakan maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu pada Ahad.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 12.40 tengah malam itu menyebabkan mangsa, Mohamad Azrul Hakim Mohd Rosli dan Muhammad Ammar Hakim Mohd Zainuddin masing-masing berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu van lelaki berusia 38 tahun bersama beberapa orang penumpang berada di laluan Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dinaiki kedua-dua mangsa telah memasuki laluan bertentangan lalu merempuh van tersebut.

Iklan

"Akibat daripada pelanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta terbabit telah maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pemandu dan penumpang van hanya mengalami kecederaan ringan.

Iklan

Ujarnya, mayat kedua-dua rakan terbabit telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat.

Zaizul Rizal memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi talian 017-2047828," katanya.