BAITULMAQDIS - Pendatang Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur sambil dikawal ketat polis Israel pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Anggota polis mula dikerah mengelilingi Masjid Qibla dan tidak membenarkan rakyat Palestin yang berada di dalam masjid untuk keluar.
Pendatang Yahudi kemudiannya diberi kawalan keselamatan ketat ketika memasuki Masjid Al-Aqsa.
Terdahulu, polis Israel tidak membenarkan golongan belia Palestin memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat subuh.
Warga Palestin yang tidak dibenarkan masuk menunaikan solat subuh di luar masjid.
Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan mengusir jemaah secara paksa pada Selasa dan Rabu. - Bernama