Tiga ADUN Sabah dipecat daripada UMNO

Iklan
Gambar dari kiri: Jasnih, Mohd Arsad, James

KOTA KINABALU - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah dipecat daripada UMNO, kata Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung Moktar berkata, tiga ADUN berkenaan ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).

Iklan
Iklan

Ditanya mengenai status ADUN Tanjong Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy pula, Bung Moktar memaklumkan, tiada tindakan dikenakan terhadap ADUN berkenaan.

Bung Moktar ketika menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada majlis berbuka puasa Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Sabah di bangunan UMNO Sabah Kota Kinabalu.

Andi Muhammad masih berada di dalam barisan kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.

Iklan

Pada 21 Februari lalu, empat ADUN termasuk James, Mohd Arsad dan Jasnih mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Selain itu, ADUN Balung Datuk Hamid Awang juga turut mengambil keputusan sama iaitu keluar daripada UMNO.

Iklan