Final tetap final - Hamidin

Iklan
Harimau Muda B-23 tetap menyasarkan final pada Sukan SEA Kemboja 2023. - Foto Facebook FAM

SASARAN skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk mara ke final acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Kemboja Mei ini tidak berubah meskipun terpaksa berdepan dua pasukan pilihan Thailand dan juara bertahan Vietnam dalam saingan Kumpulan B.

Biarpun tanggapan orang ramai bahawa skuad bimbingan E Elavarasan itu diundi dalam kumpulan 'maut' kerana turut disertai Singapura dan Laos, namun Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap sebaliknya.

Iklan
Iklan

Malah katanya, undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda dan halangan yang menanti anak buah Elavarasan pernah dilalui skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang akhirnya berjaya meraih pingat emas pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.

"Saya sudah tanamkan kepada pemain dan Elavarasan... Thailand dan Vietnam (kalau) kita jumpa awal lagi senang bergantung kepada taktikal.

Iklan

"Ini terjadi semasa saya jadi pengurus dan Datuk Ong jadi jurulatih (2011)... ketika itu dipanggil juga kumpulan maut apabila Malaysia, Thailand dan Indonesia satu kumpulan.

Sebagai rekod saingan Kumpulan A bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 yang dijadual bermula 29 April hingga 16 Mei ini Menghimpunkan Indonesia, Myanmar, Kemboja, Filipina dan Timor Leste.

Iklan

Malaysia kali terakhir merangkul emas ialah pada edisi 2011 selepas mengejutkan pasukan tuan rumah, namun gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas dikejutkan pula Thailand di final.