MACHANG - Sebanyak RM7.2 bilion nilai projek yang diserahkan kepada kontraktor Program Jana Wibawa membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibatalkan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan untuk membatalkan tender tersebut dilakukan oleh Kementerian Kewangan dan projek itu akan ditender semula.