Masjidil Haram sedia terima jemaah pada 10 malam terakhir

Iklan
Pembukaan kawasan itu selaras dengan peningkatan jumlah jemaah umrah di Masjdil Haram sempena Ramadan.

JEDDAH - Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais mengumumkan projek peluasan Masjidil Haram Fasa Ketiga sudah bersedia untuk menerima jemaah pada malam 10 terakhir Ramadan.

Menurutnya, bagi memastikan kelancaran, petugas meliputi semua aspek akan bekerja sepanjang masa untuk keselesaan dan keselamatan pengunjung Masjidil Haram.

Iklan
Iklan

Pembukaan kawasan itu selaras dengan peningkatan jumlah jemaah umrah di masjid suci umat Islam berkenaan sempena Ramadan yang juga musim kemuncak bagi ibadah umrah.

Tambah Sheikh Abdulrahman, pelan perkhidmatan telah dilaksanakan di semua ruang yang diperluas termasuk pembukaan kawasan parkir serta lorong untuk kedatangan jemaah dari terowong Jarwal dan Jabal al-Kaabah.

Iklan
Iklan

Di samping itu katanya, petugas akan mempergiat operasi pembersihan selain memastikan air zam-zam diagihkan dengan sempurna kepada pengunjung. - Agensi