Aktiviti Moreh dan Sahur

Iklan

Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati keindahan malam di pantai dengan aktiviti moreh dan bersahur sepanjang Ramadan ini ketika tinjauan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi.

Pantai Batu Burok menjadi tumpuan para peniaga menganjurkan aktiviti tersebut dan menjadi tarikan pengunjung untuk moreh serta bersahur bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Iklan
Iklan

Menerusi program tersebut pengunjung juga dapat menikmati keindahan malam di pantai sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. - Foto Bernama