Klopp bagai hilang kata-kata

Iklan
Klopp. - Foto EPA

PENGENDALI Liverpool, Juergen Klopp kelu selepas The Reds gagal menutup kebangkitan dengan kemenangan ke atas Arsenal dalam 'drama' menarik di Anfield awal pagi Isnin.

Liverpool ketinggalan 0-2 selepas 28 minit, namun Mohamad Salah dan Roberto Firmino mengikat kedudukan 2-2.

Iklan
Iklan

"Permulaan yang sama sahaja pada musim ini. Kami ketinggalan dalam banyak aspek kepada Arsenal pada babak pertama.

"Aksi terbuka. Mereka mendahului pada babak pertama," ujar Klopp.

Iklan

Pada aksi itu Arsenal mendahului menerusi Gabriel Martinelli pada minit kelapan dan Gabriel Jesus menambah jaringan 20 minit kemudian.

"Selepas ketinggalan kami memberi reaksi yang bagus. Ia perlawanan hebat.

Iklan

"Namun saya tidak tahu bagaimana kami tidak menang dengan beberapa peluang terbaik pada saat akhir," kata Klopp.

Salah terlepas penalti dan rembatannya melepasi palang pada masa kecederaan.

Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale cemerlang di gawang apabila menyelamatkan dua percubaan Salah dan Ibrahima Konate ketika pelawat cekal bertahan.

"Saya antara gembira dan tidak.

"Tiada masalah dengan seri. Arsenal bagus tetapi mereka sepatutnya kalah perlawanan ini, namun satu mata lebih baik untuk mereka," katanya.

Keputusan seri meletakkan Liverpool di tangga kelapan, ketinggalan 29 mata di belakang pendahulu Arsenal.