PASIR PUTEH - Seorang penunggang maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15zr yang ditungganginya dipercayai terbabas di kilometer 14, Jalan Pasir Puteh - Semerak di sini pada Isnin.
Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhamad Ikhram Muhammad, 26, maut di lokasi.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bekerja dari arah Semerak menghala ke Pasir Puteh.
"Sampai di lokasi kejadian motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan.
"Ia telah menyebabkan lelaki terbabit mengalami kecederaan pada bahagian pinggang sebelah kanan," katanya dalam satu kenyataan.