BEIRUT - Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah mengadakan perbincangan pada Ahad dengan ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh di tengah-tengah ketegangan di Baitul Maqdis Timur yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.
Keganasan meningkat di seluruh wilayah Palestin selepas tentera Israel secara paksa mengusir jemaah dari dalam kompleks Masjid Al-Aqsa minggu lalu.
Iklan
Iklan
Serangan Israel ke atas masjid itu mencetuskan bedilan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan, dengan Israel kemudiannya bertindak balas dengan melakukan serangan udara dan meriam.
"Rundingan itu juga menyentuh perkembangan politik serantau serta ketersediaan paksi penentangan dan kerjasama parti-partinya dalam menghadapi semua peristiwa dan perkembangan ini," menurut kenyataan itu.
Paksi penentangan ialah pakatan anti-Israel di seluruh wilayah antara lain terdiri daripada kumpulan yang disokong Iran termasuk rejim Syria, Hizbullah, Hamas dan kumpulan Jihad Islam.
Haniyeh tiba di Lubnan pada Rabu untuk lawatan yang bertepatan dengan peningkatan keganasan di wilayah Palestin yang diduduki. - Bernama-Anadolu