Ketupat Palas

Iklan

Warga emas, Ramlah Endut, 74, mengerah kudrat dalam menyediakan ketupat palas untuk dijual kepada pelanggan semasa tinjauan di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu, hari ini.

Ketupat palas merupakan juadah tradisional yang menjadi pilihan orang ramai pada Ramadan dan Syawal, khususnya di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menjalankan perniagaan itu kira-kira 20 tahun lepas, ibu kepada 12 orang anak itu tidak menang tangan untuk menyediakan ketupat yang ditempah pelanggan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau terpaksa menyediakan lebih 20 kilogram beras pulut pada Ramadan kali ini berikutan permintaan tinggi berbanding kira-kira 10 kilogram pada bulan lain.

Iklan
Iklan

Dalam penghasilan ketupat memerlukan beras pulut dan santan, dijual pada harga 50 sen sebiji. - Foto Bernama