Jelajah Ramadan: FAMA, Bank Rakyat ke 29 lokasi seluruh negara

Iklan
Nizam (kiri) bersama Abdul Rashid pada Majlis Pelancaran Jelajah Program Semarak Ramadan FAMA, Bank Rakyat pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Program Semarak Ramadan yang menjadi aktiviti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Bank Rakyat sejak 2021 diteruskan dengan menjelajah ke 29 lokasi seluruh negara tahun ini.

Dengan sasaran lokaliti luar bandar, FAMA berharap dapat mendekatkan agensi itu bersama golongan sasar di samping dapat mengimarahkan Ramadan dengan pelbagai aktiviti kebajikan bersama komuniti setempat.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, Bank Rakyat bersama lagi bagi tahun ke dua untuk menjayakan jelajah Program Semarak Ramadan FAMA dan menyalurkan sumbangan berjumlah RM600,000.

Beliau memaklumkan Bank Rakyat menyalurkan sumbangan kit makanan kepada pihak FAMA untuk disalurkan kepada hampir 4,000 penerima terdiri daripada golongan asnaf di seluruh negara.

Iklan

"Setiap lokasi jelajah turut diadakan aktiviti penyampaian perkhidmatan FAMA dan Bank Rakyat bagi memudahkan komuniti setempat memahami peranan dan tugas dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik FAMA dan Bank Rakyat di Ibu Pejabat FAMA yang turut dihadiri Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, penganjuran program seperti ini merupakan inisiatif serampang dua mata apabila bukan sahaja pihaknya dapat mendekatkan peranan agensi itu ke lokasi program, malah dapat membawa bersama kerjasama pihak yang turut sama ingin menyumbang.

"Jelajah sempena Program Semarak Ramadan ini merupakan satu konsep yang kita perkenalkan untuk bergerak ke lapangan bagi menyantuni golongan yang memerlukan dan masyarakat semasa Ramadan," ujarnya.