Permulaan sukar buat Bernhardt

Iklan
Pemain Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee (kanan) diasak pemain Kelantan FC, pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. - Foto Bernama

FRANK Bernhardt mengakui menghadapi kesukaran apabila terpaksa berhadapan dua pasukan gergasi dalam permulaan tugasnya selepas dilantik sebagai pengendali Kelantan FC.

Menurutnya, ia cabaran besar selepas tewas kepada Selangor FC 0-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum dijadualkan berdepan Sabah FC di Stadium Likas dalam saingan Piala FA Sabtu ini.

Iklan
Iklan

Namun, beliau percaya mampu untuk kembali memulihkan prestasi terumbang-ambing pasukan Pantai Timur itu dalam saingan Liga Super musim ini.

"Mereka pasukan kuat dan kami perlu hadapinya, tetapi ia situasi yang sukar," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Iklan

Kelantan kini menghuni kedudukan ke-13 liga dengan hanya empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan enam kekalahan.

Mengulas mengenai kekalahan pasukannya kepada Selangor, Bernhardt melihat barisan pemainnya mampu memberikan tentangan terutama pada separuh masa pertama.

Iklan

"Dalam separuh masa pertama kita ada tiga peluang terbaik untuk jaringkan gol tetapi gagal sempurnakan.

"Pada separuh masa kedua, saya menghadapi masalah untuk menukar pemain dan taktikal kerana ramai pemain cedera. Tiga gol yang kita bolos adalah agak besar tetapi kami perlu menerimanya dan bergerak ke hadapan," ujarnya.