IPOH - Seorang anggota tentera berpangkat Koperal dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Jumaat lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan kehilangan lelaki berusia 33 tahun itu diterima sekitar jam 12.50 tengah malam pada Ahad.
Iklan
Iklan
"Mangsa merupakan anggota dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa bersama lima anggota yang lain sedang menjalankan operasi di kawasan penugasan sekitar jam 5 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Menurut beliau, usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).