Kacau bubur lambuk meriahkan World #QuranHour

Iklan
Lokasi World #QuranHour di Kolej Komuniti Arau pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Azman

ARAU - Kolej Komuniti Arau, dekat sini tidak ketinggalan menyertai World #QuranHour yang diadakan secara serentak di seluruh dunia pada 13 April ini bersamaan 22 Ramadan 1444H.

Penolong Pustakawan Perpustakaan Kolej Komuniti Arau, Mohd Azman Ali berkata, seramai 50 peserta terdiri daripada kolej komuniti tersebut akan bersama membaca dan menghayati makna di sebalik ayat-ayat Surah Al-Insan yang menjadi tema World #QuranHour tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya yang juga Pengarah Program #QuranHour Kolej Komuniti Arau, pada hari sama pelbagai program turut diadakan untuk menyemarakkan aktiviti tersebut antaranya pertandingan tulisan khat di kalangan pelajar dan kacau bubur lambuk oleh kelab kakitangan kolej berkenaan.

"Kolej Komuniti Arau melalui perpustakaannya tidak ketinggalan untuk sama-sama menyuburkan budaya membaca al-Quran untuk komuniti kolej yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan kakitangannya.

Iklan

"Kami telah menyertai program World #QuranHour sejak beberapa tahun lalu dan menyeru kepada seluruh masyarakat untuk sama-sama menghayati makna di sebalik ayat-ayat suci al-Quran pada Khamis ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mohd Azman berkata, tazkirah Ramadan juga akan diberikan oleh pensyarah agama daripada kolej berkenaan sebelum program World #QuranHour bermula secara serentak di seluruh negara pada hari tersebut.

Iklan

Menurutnya, pada tahun ini World #QuranHour akan diadakan di Dewan Afifi kolej tersebut dan mereka bersedia untuk membuka penyertaan kepada masyarakat jika ada permintaan daripada komuniti sekitar untuk menyertainya pada tahun hadapan.

"Sebelum ini kita hanya buka penyertaan kepada komuniti kolej sahaja namun sekiranya ada permintaan daripada masyarakat yang tinggal di sekitar Kolej Komuniti Arau, kami bersedia untuk mempertimbangkan bagi tahun 2024," ujar beliau.

Tambahnya, usaha Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang menganjurkan program World #QuranHour mampu menjadi satu titik bagi memperkasakan lagi usaha pihaknya untuk menyatukan komuniti kolej melalui program memartabatkan al-Quran.