Warga emas dakwa kad pengenalan dirampas warga Indonesia

Iklan
Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Wanita warga emas yang mendakwa kad pengenalannya dirampas selepas cuba menukar alamatnya agar dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke -15 bukan warga negara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan siasatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati warga emas itu berasal dari Indonesia.

Iklan
Iklan

"Dalam kes di Sarawak itu, memang MyKad ditarik balik.

"Siasatan oleh panel siasatan juga mengesahkan begitu," katanya dalam program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu, Saifuddin diminta mengulas dakwaan wanita tersebut bahawa pihak JPN telah merampas MyKad sehingga tidak dapat mendapat rawatan untuk sakit kanser.

Sebelum ini, media melaporkan Lina Samuel hidup tanpa MyKad dan ia menjadikan kehidupannya sukar kerana temu janjinya dengan doktor terpaksa dibatalkan.

Iklan

Menurutnya, dia membuat permohonan menukar alamat selepas JPN Lawas merampas MyKad miliknya.