Pemulihan al-Quran usia 500 tahun hampir selesai

Iklan
MEI-wen membaik pulih naskhah al-Quran berusia 500 tahun. - Foto: Focus Taiwan

TAIPEI - Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun yang rosak teruk ditelan masa, berkemungkinan akan selesai pada akhir April, menurut Perpustakaan Negara Taiwan.

Hanya kulit buku dan penjilidan buku yang masih tinggal untuk dibaiki, kata Hsu Mei-wen, pakar dalam pemulihan teks kuno dan kaligrafi.

Iklan
Iklan

Semua kerja pemulihan al-Quran sepatutnya selesai pada akhir April, katanya kepada CNA.

Teks al-Quran, ditulis tangan oleh empat orang yang berbeza, menggunakan dakwat yang berbeza, dan disiapkan sekitar abad ke-15 atau ke-16, menurut Hsu. - Bernama

Iklan

Iklan