‘Muhammad Sanusi jangan drama, nampak kurang cerdik’ - Tze Tzin

Iklan
Ciapan Tze Tzin di Twitter pada Isnin.

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan supaya tidak berdrama atau memperbesarkan isu berhubung perlantikan ahli Majlis Kewangan Negara.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perlembagaan yang dinyatakan berkaitan Majlis Kewangan Negara jelas tertera di bawah Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

Tze Tzin dalam perkongsian ciapan di Twitternya turut menggariskan salah satu isi dalam perlembagaan tersebut di mana ahli Majlis Kewangan Negara itu turut terdiri daripada seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

"Muhammad Sanusi jangan drama, nanti nampak kurang cerdik,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau pada Isnin.

Iklan

Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai Perdana Menteri atau mana-mana menteri dilantik, dan seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Pada Ahad, media melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa ada usaha terancang untuk menyingkirnya sebagai Menteri Besar yang mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara.

Iklan

Meskipun Muhammad Sanusi enggan mendedahkan pihak didakwa mengetuai gerakan itu, beliau berkata, ada usaha menamakan Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Norizan Khazali sebagai penggantinya dalam Majlis Kewangan Negara.