SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) memberikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM75,000 bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
SSM dalam satu kenyataan berkata, penerima sumbangan itu ialah Rumah Bakti Al-Kausar, Pertubuhan Veteran Awam Malaysia, Persatuan Kebajikan Bekas Anggota SKUAD 69 PDRM (SKUAD 69 PDRM), Surau Nur Muhtadin dan Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.
"Pemberian sumbangan itu bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk meraikan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi,” jelas kenyataan itu.
Salahuddin menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa SSM Tahun 2023 yang berlangsung di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur.