Farid Kamil pujuk Diana, tawar perdamaian RM319,700

Iklan
Farid Kamil dan Diana Danielle.

DEMI menyelamatkan rumah tangganya, aktor Farid Kamil, 42, tampil dengan tawaran pendamaian dengan jumlah keseluruhan RM319,700 untuk memujuk isterinya, Diana Daniell, 32.

Tawaran itu merangkumi beberapa aset termasuk kereta mewah, barang kemas dan wang pendahuluan nafkah.

Iklan
Iklan

"Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran pendamaian sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

Farid ditemui selepas proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.

Iklan

Tawaran itu berupa sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000.00; barangan kemas bernilai RM10,700.00; wang pendahuluan nafkah (Mac – Jun 2023) bernilai RM40,000.00; Bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.00.

Pasangan pelakon itu dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.

Iklan

Pelakon Imaginur itu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Menurut peguam syarie yang mewakili Diana, Akberdin, Mahkamah Tinggi Syariah juga mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak (interim) kepada Diana pada 24 Mac lalu.

Katanya, Diana juga membuat permohonan hadanah itu pada 23 Mac lalu.

Pasangan pelakon popular itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012. - Awani