'Baca al-Quran sepanjang masa'

Iklan
Masdiana (tengah) dan Dr Siti Mariah (enam dari kiri) bergambar bersama peserta majlis khatam al-Quran.

SHAH ALAM - Isteri Menteri Besar, Datin Seri Masdiana Muhamad mengajak umat Islam di negeri ini agar tidak hanya membaca al-Quran ketika Ramadan sebaliknya dibaca dan dihayati kandungannya sepanjang masa.

Masdiana yang juga merupakan Yang Dipertua Pekawanis berkata, membaca dan menghayati kandungan al-Quran harus menjadi amalan seisi keluarga kerana kitab itu adalah panduan untuk kehidupan umat.

Iklan
Iklan

"Pekawanis turut mengadakan majlis tadabur al-Quran satu hari satu juzuk pada setiap pagi manakala majlis Ilya Ramadan pada petangnya selain agihan bubur lambuk dan program sumbangan hari raya.

"Apa yang harus kita tanamkan ialah sifat penyayang sesama insan sekali gus dapat merealisasikan semangat Kita Selangor ke arah menjadikan Selangor negeri makmur, maju dan penyayang," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Majlis Khatam AL Quran Perdana Wanita Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini pada Selasa.

Seramai 1,000 peserta menyertai program berkenaan yang turut dihadiri Exco Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Iklan

Sementara itu, Dr Siti Mariah yang juga Ahli Pekawanis Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang berkata, amalan umat Islam yang membaca al-Quran setiap kali Ramadan harus diamalkan pada bulan hijrah lain sekurang-kurangnya sehelai lembaran sehari.

"Walau sesibuk mana kehidupan kita sekalipun, dan berdasarkan pengalaman sendiri membaca satu juzuk al-Quran biasanya tidak mengambil masa lebih daripada satu jam," katanya.

Dalam pada itu, seramai 20 ibu tunggal yang dikenal pasti melalui penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor dari sekitar DUN yang terpilih di negeri berkenaan turut menerima sumbangan.