Wanita didakwa sembunyi wang ahli perniagaan

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah USDT202,992.36 (RM894,787.12) dalam akaun mata wang kripto, milik seorang ahli perniagaan warga Singapura, tahun lepas.

Elaine Lee, 27, yang bekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat swasta, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan utama, tertuduh didakwa menyembunyikan wang berjumlah USDT202,992.36 (RM894,787.12) kepunyaan Sim Kwang Kai Andrian, 45, yang dimasukkan ke dalam akaun wallet address (akaun mata wang kripto) milik tertuduh yang tertuduh mengetahui wang tersebut bukan miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit apartment di Jalan Bangsar di sini pada 21 Disember sehingga 23 Disember 2022, mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Elaine juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu gagal memberikan penjelasan memuaskan bagaimana dia memiliki wang tersebut pada tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang membawa hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Lim Chooi Yi menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Lim Yoi Ping yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menanggung keluarga selain memberi kerjasama baik sepanjang siasatan polis.

Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan kes. - Bernama