Resepi Kuih Loyang dari ibu kini menjadi sumber pendapatan buat Basyiroh Mahamad Yusuf, 38, terutamanya musim perayaan seperti Aidilfitri.
Kuih tradisional tersebut juga dikenali dengan nama lain iaitu Kuih Bunga Ros dan Kuih Bunga Kiambang dijual dengan tiga perasa iaitu Loyang Pedas, Loyang Manis dan Loyang Bijan.
Iklan
Iklan
Basyiroh berkata beliau menggunakan lebih 30 kg tepung beras untuk menyiapkan semua tempahan pelanggan. Katanya campuran tepung beras, santan, gula dan telur antara ramuan yang menjadikannya lebih ranggup.
Selain menerima tempahan untuk perayaan, Basyiroh turut menerima tempahan hamper dan kenduri perkahwinan. Selain kuih loyang, kuih peneram dan rempeyek juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Artikel Berkaitan