Tipu rakyat Malaysia di Kemboja: Seorang lelaki direman

Iklan

KUCHING - Suspek yang paling dikehendaki berkaitan kes penipuan pekerjaan melibatkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja, awal tahun ini direman selama empat hari mulai hari ini.

Permohonan reman ke atas seorang lelaki berumur 26 tahun itu dibuat pegawai siasatan kes berkenaan Asisten Superintendan Pricha Azin di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Kuching, Aida Montong pada 9.30 pagi ini.

Iklan
Iklan

Suspek yang menaiki penerbangan dari Pontianak, Indonesia, ditahan sebaik tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching pada 11.45 pagi kelmarin bersabit lima kertas siasatan kerana menipu lima mangsa terbabit.

Sehingga kini, seramai 23 orang terdiri daripada 18 lelaki dan lima perempuan tampil membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

Iklan
Iklan

Kesemua 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan dari penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja itu tiba di tanah air pada 17 Februari lepas dan daripada jumlah itu, 40 orang merupakan warga Sarawak berusia 19 hingga 44 tahun. - Bernama