Warga emas hilang ditemukan maut dalam longkang

Iklan
Mangsa dan motosikalnya ditemui dalam sebuah longkang di Jalan Gapam di sini, pada Selasa.

MELAKA - Kebimbangan keluarga terhadap seorang lelaki warga emas yang tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu, berakhir apabila ditemui mati dalam longkang di Jalan Gapam, di sini pada Selasa.

Mayat Tan Kue Seng ditemukan oleh warisnya bersama motosikal jenis Demak EX90 yang ditunggang mangsa ketika keluar dari rumah di Taman Ozana Impian, Bukit Katil di sini pada jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebelum kehilangan warga emas itu, mangsa sempat memberitahu anaknya mahu ke sebuah kedai kopi di Bemban Jasin untuk bersarapan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal dihubungi dan keluarga serta rakan-rakannya turut mencari di kawasan Bemban, Tehel, dan Gapam iaitu dipercayai laluan balik ke rumah mangsa, namun gagal.

Iklan

"Pada hari kejadian, mangsa dilaporkan pergi ke rumah adik iparnya untuk mengutip wang derma kubur kira-kira jam 9 pagi.

"Difahamkan anak mangsa juga turut menghubungi Hospital Jasin, Hospital Melaka, Hospital Oriental dan Hospital Pantai, namun tiada maklumat mangsa direkodkan," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Sejak Isnin tular dalam media sosial keluarga Kue Seng meminta orang ramai mencari dan mengesan mangsa yang tidak pulang ke rumah.

Salah seorang anak mangsa, Caren Tai memaklumkan bapanya yang dikenali dengan panggilan Ah Seng menghidap sakit jantung.