5,000 peserta dijangka hadiri World #QuranHour di Kelantan

Iklan
World #QuranHour sebelum ini diadakan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Gambar kecil: Raja Mazlan

KOTA BHARU - World #QuranHour peringkat negeri Kelantan yang diadakan di Madinah Ramadan di tengah-tengah bandar di daerah ini pada Khamis ini dijangka dihadiri kira-kira 5,000 peserta.

Setiausaha Kerja Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Raja Mazlan Raja Muda berkata, penganjuran tahun ini istimewa apabila mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sekali gus membabitkan kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Kita akan menggunakan kemudahan tapak dan khemah di Madinah Ramadan. Penganjuran dijangka menjadi tumpuan kerana memudahkan orang ramai datang dan menyertai bacaan ayat-ayat suci di World #QuranHour.

Beliau menambah, program bersamaan 22 Ramadan 1444 Hijrah itu turut melibatkan penyertaan masyarakat secara menyeluruh seperti pengusaha resort, Mint House Camp, Rumah Ngaji Ala Bachok, Rumah Ngaji Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan.

Iklan

"Bagi yang tidak berkelapangan untuk datang ke Madinah Ramadan, amat dialu-alukan untuk menyertai di 25 lagi lokasi di seluruh Kelantan atau mengikuti bacaan secara dalam talian.

"Persiapan keseluruhan siap 80 peratus untuk menyambut para peserta bertadabbur pada World #QuranHour itu nanti,” katanya.

Iklan

Tahun lalu, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menjadi penganjur utama World #QuranHour yang diadakan pada 26 April 2022 di Mydin Mall Tunjong.