'Berwangian sunnah Rasulullah' - Ustaz Don

Iklan
Febreeze Koleksi Inspirasi Attar yang diperkenalkan di Mydin Mall mendapat sambutan menggalakkan

KOTA BHARU - Pelanggan Mydin Mall Tunjong berpeluang bertemu pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal sempena pengenalan pewangi Febreeze Koleksi Inspirasi Attar di pasar raya itu pada Khamis.

Lebih istimewa, Ustaz Don Daniyal turut mengetuai bacaan surah Yasin di surau pasar raya itu sebelum berbuka selain mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih.

Iklan
Iklan

Pada program sama, pihak pengurusan Mydin Mall Tunjong juga menyampaikan sumbangan kepada pelajar Madrasah Tahfiz Darul Ansar Wakaf Che Yeh.

Ustaz Don Daniyal ketika ditemui selepas pelancaran Febreeze itu berkata, inovasi untuk wangian itu kini boleh dimanfaatkan umat Islam terutama di rumah.

Ustaz Don Daniyal (dua dari kanan) melihat produk yang dijual di Mydin Mall, Tunjong.

Iklan

"Berwangian dalam Islam merupakan sunnah Rasulullah SAW terutama pada hari kebesaran dan hari istimewa termasuk perayaan.

"Islam tidak mengetepikan inovasi kerana kaedah itu boleh memudahkan umat Islam menggunakan pewangi," katanya.

Iklan

Hadir sama, Pengurus Peruncitan Protector and Gamble (M) Sdn Bhd, Roger Lee Boon Hean dan Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Salim Mydin.

Ustaz Don Daniyal (kanan) menyembur Febreeze Koleksi Inspirasi Attar di sejadah sebagai gimik pelancaran memperkenalkan produk itu di Mydin Mall, Tunjong.

Sementara itu, Salim berkata, pasar raya Mydin berbesar hati menjemput Ustaz Don Daniyal ke pasar raya itu sesuai dengan kehebatan pendakwah itu dalam Islam.

"Kami mahu masyarakat tahu Febreeze Koleksi Inspirasi Attar boleh digunakan tanpa was-was malah sesuai disembur pada sejadah.

"Kami juga sudah lama bersama koleksi Febreeze yang lain sebelum ini dan diakui menjadi pilihan rakyat Malaysia," katanya.