KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang wanita warga China diperas ugut dalam sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn, minggu lalu, telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, pada Isnin, untuk tindakan lanjut.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, setakat ini seramai tujuh individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Iklan
Iklan
"Siasatan berhubung kes berkenaan selesai dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Terdahulu, satu rakaman video dimuat naik di akaun TikTok sebelum tular di media sosial lain, memaparkan seorang wanita sedang mengulas isu berkenaan dalam bahasa Cina bersama sedikit sedutan rakaman kejadian.
Berdasarkan kapsyen video tersebut, anggota polis terlibat didakwa memeras wang sebanyak RM200 daripada seorang wanita berasal dari China ekoran gagal menunjukkan pasportnya kerana tertinggal di hotel.