Cuaca sejuk uji karakter Harimau....

Iklan
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe menjalani sesi latihan awal bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 untuk menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam Sabtu ini. Foto: Bernama
BAHANG saingan cukup dirasai skuad Harimau Malaya bukan sahaja bakal berdepan cabaran hebat Vietnam aksi kedua final Piala AFF Suzuki 2018, di Hanoi, Sabtu ini, tetapi juga cuaca sejuk yang kini mencecah sehingga 13 darjah Celsius sebelah malam.

Duji beraksi di bawah cuaca sejuk di Stadium MyDinh di sini pada jam 7.30 malam (waktu tempatan), skuad bimbingan Tan Cheng Hoe yakin cuaca bukan alasan untuk gagal membawa pulang piala tersebut selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi pertama final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

Bagi pemain pertahanan kental negara, Shahrul Saad, beliau menyifatkan walau apa pun keadaancuaca di sini, yang menjadi keutamaannya ialah mencatat kemenangan ke atas skuad Naga Emas itu.

"Cuaca ketika ini memang sejuk, tetapi itu bukan alasan untuk pasukan kebangsaan tidak mempamerkanaksi berkualiti pada perlawanan nanti.

"Saya rasa rakan sepasukan boleh cepat membiasakan diri dan kami pernah bermain dalam keadaan cuacayang lebih sejuk dari ini,” katanya pada sesi latihan pertama skuad negara setibanya di Hanoi, malam ini.

Dalam pada itu, Shahrul melaungkan keyakinan barisan pertahanan negara akan lebih ampuh untukmengekang asakan pasukan tuan rumah dengan kembalinya dua tonggak yang sebelum ini tidak dapat turunkanpada aksi final pertama.

"Ia satu perkembangan yang positif apabila menyaksikan pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd Radzak dan pertahanan kiri, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak kembali pulih daripada kecederaan hamstring dan akan kembali membarisi skuad negara,” katanya.

Ia sekali gus menjadi suntikan semangat buat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Vietnam dan meneruskan misi membawa pulang trofi kejuaraan dwitahunan itu ke Kuala Lumpur.

Ketiadaan Aidil sebelum ini yang ditampung pemain pertahanan muda negara, Muhammad Irfan Zakaria manakala posisi Syazwan pula diganti Nazirul Naim Che Hashim menyaksikan barisan pertahanan sedikit goyah ketika Vietnam melancarkan serangan balas ke kubu negara. - Bernama

INFO

Malaysia muncul juara buat kali pertama pada 2010 apabila mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2.